Live Traffic Feed

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, August 21, 2016

Tiga Pelajar diTangkap dan Digari seperti pengganas Hanya Mempromosi Himpunan #TangkapMO1



Tiga aktivis pelajar yang hanya mempromosi perhimpunan #TangkapMO1 di kampus UiTM cawangan Seri Iskandar di Ipoh, Perak telah ditahan dan digari seperti pengganas oleh polis.

Mereka ialah Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin.





Berbeza pula dengan kumpulan 'baju Merah" yang diketuai oleh Jamal Pak Tongkol yang mempromosikan perhimpunan Anti Bersih dengan  melalukan keganasan di hadapan pasaraya Sogo, Polis sekadar memerhatikan sahaja.

Rakyat akgak keliru dengan tindak PDRM yang dilihat sebagai 'double standard' dalam menjalankan amanah rakyat.

Ketika dihubungi, aktivis pelajar Anis Syafiqah yang menghadirkan diri di lokasi tahanan memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiganya ditahan selepas cuba memasuki kawasan kampus.

"Kami tiba di UiTM pada kira-kira jam 5 petang dan polis sudah bersiap sedia.

"Kami bertanya kepada mereka dengan baik untuk memasuki kampus bagi bertemu rakan-rakan kerana ingin menjelaskan tentang Malaysian Official 1 , tetapi mereka enggan membenarkan sehingga kami terpaksa bercakap di luar.

"Selepas kami selesai berucap lebih sejam kemudian, kami meminta untuk masuk lagi tetapi mereka masih menolak.

"Tiga daripada kawan-kawan saya kemudian cuba untuk memanjat pagar, polis tangkap dan gari mereka, " katanya.

Ujar Anis lagi, terdapat lebih daripada 10 pegawai polis dan polis bantuan selain kehadiran pentadbir universiti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang ingkar dengan larangan mengadakan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos di Dataran Merdeka.

Khalid mengingatkan bahawa tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penggunaan tempat itu.

“Tapi kalau dah tuan punya tempat tak bagi janganlah buat.

“(Perkara) ini macam rumah orang (kita) nak masuklah. Kalau orang tak bagi, tapi kita nak masuk juga, jadi akan ambil tindakan,” tegas Khalid kepada pemberita.

Khalid berkata penganjur perlu mencari tempat lain dan polis akan mempertimbangkan kelulusan walaupun tempoh notis mungkin tidak cukup.

“Walaupun tempoh masa itu dah suntuk, dia kena mohon 10 hari sebelum perhimpunan tetapi tempat yang diminta bersesuaian kita boleh pertimbangkan," tambah Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengecam penangkapan tiga pelajar berkenaan yang turut mewakili Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Kesatuan Mahasiswa.

Monday, January 25, 2016

Kedah Hampir Pasti Jatuh Ketangan 6 Jahanam Bila Adun Kedah Diugut


Khabarnya rakyat Kedah sudah tidak mampu lagi menyelamatkan negeri Kedah. Berbagai ugutan telah dibuat oleh geng enam jahanam terhadap semua Adun-Adun negeri Kedah sehingga melibatkan keluarga. 

Yang pasti majoriti sudah tandatangan notis hilang sokongan terhadap Dato Seri Mukhriz Mahathir dan bila-bila masa akan diserahkan kepada pemangku Sultan Kedah. untuk diisytiharkan Mukhriz hilang sokongan.
 


Mereka langsung tidak menghormati hak rakyat Kedah yang mahukan menteri besar yang bersih daripada gejala rasuah.

Apabila pentadbiran menjadi tidak stabil maka yang menjadi mangsa ialah rakyat marhaein. Banyak urusan yang terganggu atau tergendala, ekoran krisis yang tercetus yang melibatkan pentadbiran tertinggi kerajaan negeri.

Rakyat harus membuka mata dan melihat bahawa kemelut yang tercetus berlaku gara-gara perebutan kuasa pihak terbabit yang mendedahkan  bahawa mereka lebih mementingkan kepentingan kuasa dan diri berbanding kepentingan rakyat.

Terpulang kepada rakyat Kedah untuk menghukum 6 jahanam ini atau ambik duit Brim lepas tu senyap dan bila dekat mengundi ambik kain batik dan kain pelikat lepas tu sokong.

Saturday, January 23, 2016

Dalam Sejarah!! Hanya DAPig dan Pro- Najib Sahaja Sokong TPPA




Hari ini mereka mengenepikan perbezaan pendapat dalam politik untuk berjuang dengan satu tujuan yang sama iaitu selamatkan Malaysia.
Sebelum parlimen bersidang mereka akan beritahu rakyat betapa bahayanya jika Malaysia menandatangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) 
Hari ini dalam sejarah apabila beberapa kumpulan berbeza pendapat dalam politik bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada dijajah oleh yahudi. Kumpulan tersebut adalah PAS, AMANAH, PERKASA, BERSIH, ISMA, MTEM, dan PSM.
Hanya DAPig dan kumpulan pro-Najib sahaja menyokong supaya kerajaan Malaysia menandatangani TPPA sedangkan majoriti rakyat Malaysia menolaknya.
Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa DAP dilihat menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini.
DAP bersetuju dengan tender terbuka "sebab orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia".
Katanya, kontraktor Malaysia akan perlu bersaing dengan kontraktor dari negara anggota TPPA yang mempunyai peralatan yang lebih canggih, lebih pengalaman dan lebih kebolehan.
"Orang bumiputera yang letihnya dengan TPPA ini," katanya 
UMNO di bawah kepimpinan Najib kelihatan tidak percaya kepada kemampuan untuk maju dengan acuan sendiri apabila memilih untuk menandatangani TPPA, kata ISMA
TPPA bukan agenda nasional, tapi agenda kapitalis Yahudi yang mahu membolot kekayaan negara umat Islam.

Friday, January 22, 2016

Kajian Populariti Bashah Adalah Palsu Sengaja Direka


Universiti Selangor (UNISEL) menafikan sekeras-keras bahawa pihaknya mengadakan kaji selidik siapakah di antara Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifa lebih popular untuk menjadi Menteri Besar.

Pengarah Komunikasi UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, ada individu atau kumpulan sedang menggunapakai nama universiti itu dikhuatiri mempunyai agenda tertentu.

Beliau diminta mengesahkan mengenai satu kaji selidik yang diviral di media sosial yang mendakwa kononnya Ahmad Bashah menjadi pilihan utama sebagai Menteri Besar Kedah berbanding Mukhriz

Laporan itu mendakwa kononnya 5,000 responden di Kedah terlibat dalam kaji selidik itu dan 76 peratus memilih Ahmad Bashah berbanding hanya 24 peratus memilih Mukhriz.

"Kami tidak pernah membuat sebarang kajiselidik mengenai populariti pemimpin umno yang sedang bertelagah",katanya lagi.

Pasti ada kumpulan yang menyokong Ahmad Bashah yang mahu mengelirukan rakyat Kedah kononnya Bashah lebih popular sedangkan rakyat Kedah tahu sendiri standard Bashah.

Ahmad Bashah yang dikatakan berkelulusan SRP mengetuai kumpulan pemberontak sejumlah 14 orang yang pro- Najib meminta Najib menukarkan menteri besar yang disandang oleh Mukhriz supaya diberikan kepada kumpulan mereka.

Namun sokongan rakyat kepada Mukhriz membuatkan Najib terpaksa berfikir dua kali sebelum memecat Mukhriz daripada jawatan menteri besar lagipun tiada alasan untuk Najib berbuat demikian.

Pemerhati politik melihat tindakan kumpulan pemberontak tersebut adalah tindakan bodoh kerana ketika umno sedang nazak sepatutnya mereka merapatkan saf.

Wednesday, January 20, 2016

Rakyat Kedah Berang Dengan Tindakan Puak Pengampu Najib



Lebih 10000 rakyat Kedah memenuhi bandaraya Alor Setar bagi memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah didesak oleh puak pengampu supaya Najib menukarkan kepimpinan umno Kedah termasuk MB Kedah.

Seorang ketua umno cawangan terkejut dengan insiden itu dan menyifatkan tindakan pemimpin umno yang diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah dan Azeez Rahim merupakan tindakan biadap dalam keadaan Kedah baru pulih daripada cengkaman pembangkang

Saya ketua cawangan disalah satu bahagian dimana ketua bahagian adalah barua utama Pemimpin rasuah , Untuk makluman semua akar umbi peringkat cawangan seluruh kedah tiada masalah dengan YB Mukriz malah kami menghomati beliau daripada PM , kerana imej dan etikanya lebih baik seribu kali ganda berbanding ketua ketua bahagian lain di Kedah yang suka rebut jawatan MB sejak dulu serta kaki ampu dan penjilat tegar PM ,saya nak ingatkan disini sekiranya mukriz dijatuhkan jentera umno untuk PRU 14 atau apa saja pilihan raya akan lumpuh dan ahli umno bawahan akan tidak turun undi serta penyokong atas pagar akan beralih undi kepada parti lain selain UMNO , apa yang saya dengar cakap cakap dari rakyat bawahan bahawa sekiranya YB Mukriz dijatuhkan seluruh kerusi parlimen akan berlalih kepada parti lain maknanya kerusi parlimen akan kosong angka bagi BN.Kesetian ahli UMNO peringkat bahagian tidak berbelah bagi untuk MB YB Datuk seri Mukhriz dan adalah haram kita menyokong pemimpin yang sah rasuah. A'Uzubillah minzaliq.

Ketua umno Cawangan
negeri Kedah


Kenyataan Menteri Besar Kedah

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri."

"Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, seperti yang beliau nyatakan sebelum ini, dia memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya mengakhiri kenyataa media tersebut.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Proksi Najib Mula Serang Mukhriz


Beberapa pemimpin UMNO Kedah yang pro Najib terdesak sehingga sanggup membuat kenyataan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri. 

Dengan harapan agar ada sebab Mukhriz boleh dipecat oleh Najib daripada menteri besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sejakligus Kedah.

Antara mereka yang mendesak pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim(Aziz Toyu) ketua pendesak; Ahli Parlimen Jerai, Jamil Khir Baharom (kiri) dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Mohd Johari Baharum, Datuk Maznah Abdul Hamid ketua wanita umno Kedah.

Mereka kononnya mewakili rakyat dan seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat membuat perubahan segera menukar jawatan Menteri Besar Kedah dan pengerusi perhubungan Umno Kedah. Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing. 

Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri. "Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. "Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya.

Dengan pemecatan Mukhriz ini, umno akan menjadi bertambah kuat dan boleh mempertahankan negeri Kedah daripada pembangkang malah mampu memperolehi majoriti 2/3 kemenangan pada PRU14.

Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan calon yang terbaik bagi Najib untuk menerajui negeri Kedah.

Antara calon pilihan Najib sebagai MB Kedah
Ahmad Bashah MB
Ahmad Lebai Sudin exco kanan

exco yang bakal di pecat

Dato Aminuddin
Suraya
Badrol
Sabrina
Rawi

exco baru yang bakal dilantik

Ahmad Lebai Sudin
Mahadzir Jeneri
Zaini Japar
Ali Yahya

Monday, December 7, 2015

Kelab Sultan Sulaiman Bersedia Menerima Pejuang Yang Berani Berkata Benar


Seperti yang dijanjikan, kami akan menyiarkan majlis Bersama Timbalan Presiden Umno yang bermula jam 8:30 malam nanti secara langsung ( LIVE STREAMING )
Anda boleh saksikan di bawah ini.



Tahniah dan Terima kasih kepada mereka yang berani berjuang demi kepentingan Melayu bukan kepentingan diri sendiri dan dedak yang ditabur.

Friday, November 27, 2015

Apakah Tun Mahathir Juga Dianggap Pembangkang? Soal Hamidah Kepada Ku Nan


untuk link video diatas klik disini
Dato Hamidah Osman kesal dengan tuduhan Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemecatan beliau daripada umno kerana beliau berada di pentas pembangkang.

"Setakat ini saya hanya hadir dalam program bicara negara yang turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir. Apakah Tun Mahathir juga dilabel sebagai pembangkang.


 “Saya masih kini kabur, atas alasan apakah saya dipecat daripada keahlian umno. Apakah Tun Mahathir musuh kepada umno?"soal Hamidah 



Sehingga hari ini saya belum menerima sebarang surat pemecatan dan hanya mengetahuinya daripada media dan panggilan telefon daripada pihak media.



"Sebelum ini saya ada menerima surat tunjuk sebab berhubung kehadiran saya dalam Program Bicara Negara yang didakwa dianjurkan olehnya dan telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad".

"Saya telah menjawab soalan itu kerana hakikatnya saya bukannya penganjur kepada program itu dan saya telah jawab kepada setiausaha Agung bahawa saya bukan penganjur namun saya hanya hadir atas jemputan,"  kata Hamidah.

"Sepatutnya prosedur yang harus diikuti jika ada pertuduhan maka saya diberi tunjuk sebab dan seharusnya dibawa menghadap kepada lembaga displin parti,

"Disitu lah apa sahaja pertuduhan dibincangkan dan saya membela diri namun prosedur itu dibuat dan dipecat,” katanya pada sidang media di Hotel Impiana.

Bagaimanapun, beliau akur dengan keputusan tersebut dan menganggapnya ianya adalah ketentuan Allah SWT dan mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Namun perjuangan saya demi negara dan rakyat akan saya teruskan mungkin dalam pentas berbeza bukan dalam pentas politik tetapi saya akan terus berjuang demi negara dan rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya Hamidah lagi, tindakan pemecatannya itu jelas membuktikan beliau sekadar dijadikan ‘kambing hitam’ dan mangsa keadaan mungkin kerana saya adalah wanita kerana jika mengikut mengikut kelantangan bersuara ramai yang lebih lantang dari saya, mungkin saya dijadikan kambing hitam .

Wednesday, October 28, 2015

Singkir Muhyiddin Melalui Pemilihan Lebih Baik Daripada Berkomplot Cara Tak Beradab


Sejak Tan Sri Muhyiddin dipecat daripada kabinet hanya kerana mengkritik skandal 1 mdb, beliau menjadi sasaran oleh pengampu-pengampu Najib untuk menyingkirkan beliau. 

Najib seolah-olah masih tidak berpuashati selagi Muhyiddin masih berada dalam umno kerana segala tindakan salah laku beliau tidak akan disokong oleh Muhyidin lebih-lebih lagi skandal 1 MDB dan derma RM2.6b. 

Pengampu yang paling setia dengan Najib iaitu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Pak Tongkol dikatakan telah megujudkan satu gerakan sulit bagi menyingkirkan timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin cara pintu belakang.

Jamal dikatakan sedang bergerak untuk mendapat persetujuan ketua-ketua umno bahagian yang lain bagi mempersembahkan kepada Najib untuk dibawa ke dalam mesyuarat MT akan datang.

Malangnya ramai ketua-ketua bahagian tidak berminat untuk berkomplot menjatuhkan Muhyiddin kerana mereka tahu tiada apa-apa kesalahan yang Muhyiddin lakukan, kecuali ketua bahagian yang mendapat dedak daripada Najib.

Jamal Pak Tongkol mendakwa kononnya terdapat lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya yang disifatkan sebagai kelompok gunting dalam lipatan. Dakwaan itu mungkin benar jika melihat situasi terkini 'Cash is the King'

Muhyiddin dikatakan amat lantang mengkritik syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhamkan oleh Najib yang kini dipenuhi dengan hutang walaupun tiada apa=apa perniagaan yang dilakukan.

Sabtu lalu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan keras menggesa pemimpin Umno supaya tidak menjadi pengecut kerana tidak bersuara semasa negara menghadapi krisis. Ini memberi tamparan yang cukup hebat dan memanaskan telinga Najib.

Zahid Hamidi pula mula menghidu peluang untuk terus berada di kerusi TPM dengan kukuh apatah lagi nasib Najib bagai telur dihujung tanduk sekaligus membuka peluang untuk mendapat jawatan tertinggi dan paling berkuasa di Malaysia.

Jika benar mahu menyingkirkan Muhyiddin adalah lebih baik umno mempercepatkan mengadakan pemilihan jawatan kerana melalui pemilihan, ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak berprestasi dalam parti dan pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap.

Kalau pemimpin itu gagal, maka ini masa yang sesuai untuk disingkirkan.

Tuesday, October 27, 2015

RM4.5 Juta Wang Rakyat Dihabiskan Untuk mengawal Penyokong Najib dan Jamal Pak Tongkol


Polis terpaksa menghabiskan RM4.5 juta untuk mengawal perhimpunan “Baju Merah” yang menyokong Najib pada September, ini bermakna dua kali ganda kos mengendalikan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Kos mengawal demonstrasi yang dibuat oleh Ketua Bahagian Sunagi Besar Jamal Pak Tongkol kononnya untuk mempertahankan “maruah Melayu”, dianggarkan RM4,500,927.50 walau hanya berlangsung separuh hari.

Manakala kos mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0, yang berlangsung selama 34 jam, hanya berjumlah RM2,737,440, katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen DAP.

Kata Zahid perhimpunan “Baju Merah” memerlukan  sejumlah 263 pegawai dan 3,648 anggota polis.

Namun begitu hanya seramai 191 pegawai dan 2,419 anggota pelbagai peringkat dikerahkan untuk demo Bersih selama 34 jam.

Ini menunjukkan perhimpunan baju merah@penyokong Najib lebih ganas berbanding himpunan Bersih 4.0 dimana polis terksa menyediakan lebih banyak anggota untuk mengawalnya.

Sebelum itu Najib mempertahankan perhimpunan Baju Merah kerana katanya himpunan tersebut menyokong kerajaannya.

Saturday, October 24, 2015

"Untuk Meremajakan Parti, Pemilihan Perlu Segera Diadakan"



Pentas dialog pemimpin negara anjuran Sinar Harian dibuka semula hari ini dengan menampilkan tetamu istimewa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ‎

Tampil membawa judul 'Berani Kerana Benar' sesi dialog bersama beliau akan dikendalikan oleh penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.‎

Ternyata Tan Sri Muhyiddin memang berani untuk menyatakan kebenaran demi kebaikan parti umno sendiri dan demi kebaikan rakyat Malaysia juga.
Program ini akan bermula ‎pada pukul 1:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di Ba‎llroom Grand Blue Wave, Johor Bahru.

"Johor sangat dekat dengan saya, bila dijemput ke Johor saya bersetuju bukan tajuk ini tapi peluang saya untuk berdamping dengan rakan di sini.

"Ramai mahu bersama-sama dengar cerita bukan dongeng tapi cerita benar, bermakna dan beri kesan meluas di peringkat negara dan antarabangsa.

"Keadaan sekarang berbeza berbanding zaman yang pernah saya lalui, waktu zaman senang dan waktu zaman susah,

"Saya tak pernah rasa sesusah ini, baik dari segi pemikiran dan hati dalam melihat perlembagaan negara kita,

"Jadi persoalan biasa tentang bagaimana keadaan negara waktu ini. Apa yang sedang berlaku, apa hala tuju baru yang nak kita lihat di Malaysia dengan perkembangan mutakhir isu ini.

"Saya sudah lama dalam kerajaan, saya balik 35 tahun kerajaan 10 tahun di Johor, di sini istimewa walaupun pada awalnya jadi wakil rakyat di Pagoh, satu peringkat jadi pentadbir kerajaan negeri.

"Kedudukan kita istimewa kerana berhampiran dengan Singapura, sebab itu jadi cabaran waktu pimpin Johor, kerana dibanding dengan Singapura. Ini hakikat orang Johor mahu maju, kerana Singapura ada baik dan buruknya.

"Sekarang wajah Johor sudah berubah, negeri termaju. Antara perkara saya ingati cabaran, waktu Umno diharamkan, kerana ia bermula di istana Johor, jadi perasaan orang Melayu dengan Umno begitu kuat teguh.

"Bila Umno diharamkan orang Johor tolak Umno baru kerana tidak setuju, pelbagai masalah bagaimana nak bersatu di bawah Umno.

"Mereka mahu Umno asal kembali semula, waktu itu saya terfikir kalau jadi pemimpin dan MB, kalau saya tidak bertindak dan berbuat sesuatu saya takut penulis sejarah Johor akan tulis negatif.

"Ini akan jejaskan imej saya seolah-olah saya takut dan berdiam diri, tak ambil langkah proaktif.

"Saya jumpa Tun Hussein Onn, kita adakan di Kompleks Islam JB, tercetus resolusi, saya kata Umno lama harus dikembalikan. Selepas dibentang majlis tertinggi Umno. Ia diterima.

"Dia tak mahu jadi hero tapi di Johor saja, di negeri lain tak payah. Setiap borang ahli Umno dicop mengembalikan Umno lama.

Saya nak sebut bukan Johor tapi bagaimana seorang pemimpin bertindak amanah dan bertanggungjawab jangan lari dari masalah, pegang tanduk bukan lari, nanti lembu tanduk punggung kita.

Ketika zaman Pak Lah, saya sendiri telah berjumpa dengan Najib untuk bertanya apa pandangannya tentang situasi ketika itu, beliau kata keadaan tidak baik.

Saya beritahu Najib bertanding Presiden Umno dan saya akan sokong, dan ketika itu beliau bersetuju untuk bertanding.

Dalam cerita ini saya ingin beritahu jangan dipersoalkan kesetiaan saya, waktu itu saya tidak lihat kesalahan beliau ketika itu.

Sehinggalah isu 1MDB baru saya tentang, saya sokong GST dan BR1M. Sekarang orang rasa beban tak kanlah hendak tarik BR1M.

Maklumat tentang 1MDB, memang bukan mudah untuk faham, Bagi saya hakikatnya 1MDB adalah masalah.

Modal 1MDB RM 1juta, kalau ada bank bagi 1 bilion 'gila' sebab macam mana hendak bayar.

Modal 1juta hendak teroka bidang petroleum dan gas, memerlukan pelaburan besar, saya tidak fikir perniagaan ini stabil.

Selepas saya baca tentang 1MDB baru saya tahu, tetapi saya memang tidak diberitahu. Saya baca sendiri tentang 1MDB.

Waktu itu, saya fikir masalah 1MDB adalah masalah besar. Bila berniaga pinjam atas pinjam, berniaga apa ini? Orang tanya saya kenapa hendak buat 1MDB.

Sedangkan bidang yang 1MDB ceburi sudah ada kerajaan teroka sehingga ini. Sampai hendak buat melabur di Mongolia? Sampai buat pinjaman 4 bilion.

Buat keputusan kena teliti betul-betul. Tentang Petro Saudi juga timbulkan pelbagai persoalan.

Bila timbul hal begini, saya bertanya dalam mesyuarat Kabinet kenapa hendak pinjam 3 bilion, saya bangkitkan ini soal serius.

Sejak itu saya sebut beberapa kali, saya tiada niat jahat, tetapi saya hendak bantu PM untuk selesaikan masalah kerana ia beri beban kepada kita.

Saya tidak pernah doakan 1MDB jatuh, sebab bila 1MDB jatuh kerajaan pun jatuh, cuma saya zahirkan kebimbangan tentang masalah 1MDB.

Saya manusia yang tidak boleh diam, kerana 1MDB serius. Saya cari jalan untuk selesaikan masalah-masalah, Najib kata kenapa rakyat harus bising saya pinjam duit bank.

Tetapi kena ingat pakai duit kerajaan pun duit rakyat. Yang tanggung pinjaman ini adalah rakyat.

Saya suruh kabinet panggil Arul Kanda, datang, tetapi dia datang tidak bawa apa-apa dia tidak ada keluar angka. Ini isu berbilion-bilion.

Arul Kanda datang seolah-olah tiada persediaan, sedangkan 1MDB melibatkan duit berbilion ringgit.

Tetapi ada 'orang' cakap 'eh awak sudah diberitahu' beritahu apa, tidak tahulah kalau ada orang cuba sembunyikan maklumat kepada saya.

Tentang kursus di Janda Baik, saya tidak boleh lari dari isu 1MDB sebab benda ini penting.

Kalau saya singkirkan semua pengurus 1MDB, kenapa tidak buang, sampai hari ini tiada seorang pun dibuang tetapi saya pula dibuang.

Takkanlah beri pandangan pun salah, sebab dalam syarikat ada organisasi, yang saya fikir ialah tentang kebimbangan.

Bagi saya PM tidak perlu duduk di dalam pengerusi Lembaga penasihat 1MDB, bolehkah kamu diasingkan daripada 1MDB sebab kamu duduk di situ.

Itu tidak disenangi oleh beliau. Adakah saya jahat? No, kalau tidak betul saya beri pandangan. Masalah 1MDB macam mana hendak selesai kalau PM duduk di situ.

Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

Rakyat boleh tengok, setidak-tidaknya audit makluman hasil siasatan terkini.

Apa sudah jadi? Bukan Muhyiddin hendak tumbangkan kerajaan, suara saya ialah hendak jawapan. Bila rakyat tahu, rakyat akan percaya.

Bila diumumkan Peguam Negara dulu kita tubuhkan 'task force' supaya polis, bank negara siasat. Tetapi tengok apa jadi, bila proses dijalankan, 'faham-fahamlah'.


Keputusan yang diputuskan BNM tidak dipatuhi, takkan bank tiada pakar undang-undang, Zeti dapat pengiktirafan gabenor negara. Hebat orang Johor.

Zeti nak ambil tindakan sebab kuasa dia, rakyat mahu supaya proses penyiasatan ada itu dijalankan, berikan mereka masa, rakyat nak tahu apa hasilnya.

Kalau dibuat pelbagai cara terganggu sampai bergaduh polis antara SPRM, pegawai SPRM dan polis dibuangnya. Kalau keadaan tiada apa, kalau tak lakukan kesalahan, biar lah.

Biar mereka buat, rakyat nak tahu keputusan, akhirnya rakyat akan tahu, mana yang benar tetap benar, yang hak akan timbul, batil pula akan tenggelam.

Jangan lambat sangat, penentunya adalah pilihan raya, untuk ingatkan diri saya tugas pemimpin Umno dan BN.

Kalau isu ini apatah isu 2.6 bilion tak diuruskan dengan baik, rakyat tak diberitahu dengan hak, tiada kebenaran.

Merdeka Centre laporkan bahawa sokongan rakyat menjunam, orang Melayu tinggal 31 peratus.

Kalau saya takut bersuara, siapa nak bersuara? Takut kena pecat, takut tak jd YB lagi. Semua orang sangat takut, tak nak buat apa-apa.

Saya guna kuasa saya ketika jadi TPM beritahu kabinet, macam bodoh sangatkah timbalan perdana menteri ini?

Saya bersuara dengan lidah, kalau tidak dengan hati. Seksanya tengok ini, pastinya Rasulullah tidak mahu melihat umatnya lemah.

Orang Johor sokong mana? Kalau rugi kita tutup, bila ada modal, kalau beban macam ini tanggungjawab tak menentu.

Maka keputusan diteruskan, kalau ada jemaah menteri tak setuju, kena berhenti, kenapa kami kena tanggung beban pula.

Pasal ada perancangan, kalau tutup habis la kita, sebab diteruskan, ikut dilaporkan kepada saya, ia boleh diteruskan pada 2016.

Enam bulan itu saya rasa berat saja hati, kalau pakar sebut tahun depan.

Sesi soalan jawab yang dikendalikan moderator

Soalan: Apa beza jawatan TS sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan sekarang?

Muhyiddin:  Sekarang bukan TPM, bermakna urusan kerajaan saya tak boleh campur, tapi saya menjawat Timbalan Presien Umno telah 5 tahun.

Saya laksana tugas ikut Perlembagaan parti, membantu presiden, pengerusikan mesyuarat bila ketiadaan presiden.

Saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti, tapi mesyuarat kalau saya tak dipengerusikan kerana Biro Politik Khas, presiden nak pengerusikan, tapi mesyuarat biasa.

Saya pun tak tahu apa masalah saya atau tak percaya saya lagi, saya masih kekal Timbalan Presiden BN.

Saya berpendapat ini tak hormati keputusan parti yang memilih saya, mereka lupa pengorbanan saya. Apa silap saya? Kenapa lepas keluar dari kerajaan saya tak diberi kuasa.

Kalau ikut biasa begitu, saya dengar ada usaha2 pihak tertentu supaya presiden rasmikan puteri, putera? Saya tidak pasti benar atau tidak tapi saya dengar begitu.

Saya tidak merogol saya tak meliwat saya tak langgar undang, kalau presiden tak mahu dengar tak apa la, kalau silap mengaku kesilapan.

Kenapa saya jadi mangsa, saya hanya bersuara untuk ahli Umno sahaja.

Soalan 2: Apakah kemungkinan keahlian Tan Sri akan terlucut?

Muhyiddin: Proses untuk melucutkan kedudukan, ia proses disiplin. Ada kes yang langgar undang-undang parti, ada kes yang dibicara.

Ini amalan dalam Umno tapi apa saya lakukan hingga nak terlucut jawatan timbalan presiden Umno, saya nak selamatkan parti.

Soalan 3: Kalau Najib meninggal petang ini, siapakah yang akan jadi PM?

Muhyiddin: Soalnya di Presiden Umno, jika jawatan itu kosong sakit uzur tak boleh jalankan tugas, maka timbalan presiden akan pangku.

Tapi bukan jawatan timbalan perdana menteri, melainkan suara majoriti ahli Parlimen BN.

Soalan 4: Kenapa kita tidak berhijrah buat parti baharu?

Muhyiddin: Tubuhkan parti baharu, fikir baik-baik. Sebab pengalaman saya ada parti tubuh hari ini esok terkubur. Cuma Umno perlu transformasi. Perbaikilah.

Soalan 5: Usul dibawa bahagian, pemilihan diadakan pada 2016, adakah Tan Sri boleh bawa usul ini?

Muhyiddin: Macam-macam usul, bagi saya untuk bersihkan nama PM eloklah proses siasatan dijalankan.

Saya cadangan untuk meremajakan parti, proses pemilihan perlu diadakan.

Thursday, October 22, 2015

Pas Tiada Pilihan Selain Berkomplot Dengan Najib


Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung cukup lama sehingga hampir mustahil dapat diselesaikan.

Perbalahan hingga ke tahap kafir mengkafir, jika orang umno sembelih lembu tidak boleh dimakan oleh orang Pas kerana sembelihan itu dianggap haram. Sembahyang berimamkan orang umno juga tidak sah dan sembahyang dianggap tidak sah sehingga terjailah sembahyang dua imam.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung. Bercerai berai laki bini, kaum keluarga tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan politik sahaja.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Sebelum ini PAS merupakan saingan terbesar kepada Umno dan Pas selalu dibayangi oleh DAP dan PKR sehingga mereka menang besar dalam setiapa pilihanraya yang ditandingi.

Hari ini Pas menghadapi masalah dalaman yang amat kronik apabila kesemua profesionalnya telah meninggalkannya dan menyertai parti Amanah. Begitu juga Umno menghadapi masalah dalaman akibat sikap sambil lewa Najib menyelesaikan dua isu besar iaitu 1 MDB dan derma daripada Tok Arab RM2.6billion. Bukan itu saja Najib cuba menyembunyikan segala kemungkaran dengan memecat beberapa pemimpin umno yang mengkritik 1 MDB. Tidak cukup dengan itu speaker digunakan untuk menolak segala usul yang dibuat terhadap 1 MDB.

Hari ini juga Pas tiada pilihan selain menyokong segala usaha yang akan dibuat oleh Najib kerana Pas kini tidak lagi mampu bergerak sendirian.

Kesemua ahli parlimen PAS hari ini bersama ahli parlimen Umno bersatu dalam undian menyokong usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Ini membuktikan bahawa Pas kini sudah berada dalam genggaman Najib dan umno. Najib boleh tidur lena apabila melihat keadaan ini dan beliau yakin segala undi tidak percaya yang alan dibuat ke atasnya tidak akan berjaya. najib sudah boleh memikir menunaikan apa-apa janji yang telah dibuat kepada Pas selepas ini.

Tuesday, October 20, 2015

Bayaran Imbuhan dan bonus kepada kepada eksekutif tertinggi 1MDB adalah sulit kata Penasihat 1 MDB


Perdana Menteri Malaysia merangkap penasihat syarikat 1 MDB merangkap menteri kewangan hari ini mengatakan bahawa segala Imbuhan dan bonus yang dibayar kepada eksekutif tertinggi dan segala orang yang ada dalam 1MDB adalah sulit dan peribadi.

Menurut penasihat 1 MDB, 1MDB adalah syarikat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965, dengan sebarang perjanjian yang dimeterai syarikat itu adalah sulit dan peribadi.

"Ini termasuklah kontrak pekerjaan antara syarikat dan pekerjanya," katanya.

Dalam jawapan bertulis berkaitan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah terperinci hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi serta aliran tunai yang dibuat oleh 1MDB, dimuatkan dalam Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit sejak 2009.

Menurut Najib, 1MDB dan anak syarikat milik penuhnya telah mendapat pengecualian cukai pendapatan, termasuk dividen, bagi tempoh 10 tahun, selaras dengan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Bagaimanapun, bagi anak syarikat lain yang diperoleh 1MDB, tidak mendapat pengecualian tersebut," katanya.

Ko bertanyakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi 1MDB sejak 2009 serta jumlah aliran tunai tahunan selain cukai yang dibayar setiap tahun sejak 2009.

Apakah rakyat tidak berhak tahu berapa gaji CEO, Jho Low dan beberapa orang manusia lagi yang telah dibayar menggunakan wang rakyat.

Jika 1 MDB menggunakan wang Najib sendiri mungkin rakyat tidak kisah pun. Kenyataan Najib mennjukkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 

Monday, October 12, 2015

"Najib Umpama Seorang Nakhoda Yang Sedang Tebuk Kapal Di Tengah Lautan"


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar yang bersara hari ini mengingatkan kepada semua kakitangan SPRM supaya menghalang seorang yang cuba merosakkan negara, yang juga diibaratkannya seorang nakhoda yang sedang menebuk kapal di lautan dalam. 

Sebelum kapal tu dia tebuk lebih baik SPRM halang terlebih dahulu supaya semua rakyat Malaysia selamat.

Zakaria juga hairan kenapa Peguam Negara membuat kenyataan bahawa 1 MDB tidak ada kes sedang kes yang disiasata belum lagi selesai.

Zakarian mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengaktifkan semula pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata badan itu sudah lama tidak bermesyuarat.

"Saya difahamkan badan petugas khas itu tidak bermesyuarat sejak Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pulang dari luar negara dan cuba mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkuatkan kes mereka pada lewat Julai,” katanya.

Katanya, tindakan itu selari dengan titah Majlis Raja-raja Melayu yang mahu siasatan segera dijalankan. Kita akur kehendak Majlis Raja-Raja Melayu.

Penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Adalah Penyalahgunaan Kuasa Untuk Menutup Penyelewengan



KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015

Wednesday, October 7, 2015

"Kami Sangka Zaman Tun Mahathir Teruk Rupanya Najib Lagi Teruk"


Kami sangka zaman Tun Mahathir adalah zaman yang cukup teruk memandangkan Tun dilihat seperti diktator tetapi bila hidup dizaman Najib rupanya zaman Najib lagi teruk tulis Subky Latif.
 
Sebelum ini pembangkang menganggap Tun Dr. Mahathir merupakan PM yang teruk dan melampau batas, tetapi segala berlaku itu tidaklah teruk sangat atau seteruk yang berlaku pada zaman Najib ini. 

"Tun Mahathir dulu taklah seteruk manan jika nak dibandingkan dengan Najib. Ada yang kata Tun Mahathir seorang diktator tetapi beliau saya kira diktator berparlimen yang belum menjadikan negara diambang muflis dan hidup rakyat hampir papa kedana sebab membayar hutang", kata Subky 

Diktator pun ada yang jadi pemimpin terbilang seperti Otto Von Bismarck yang menjadi bangsa Jerman yang pertama dan Lee Kuan Yew sebagai bangsa Singapura yang bertama. Biasanya kalau diktator dilibatkan dengan rasuah dan khianat kepada bangsa tetapi masa Tun Mahathir dulu taklah seberat dan tak terasa negara menghampiri budaya mafia seperti masa Najib.

Tetapi kini mafia berada di ambang kita, berlegar di udara seperti kapalterbang hendak mendarat . Pembunuhan Altantuya dan Anthony Kevin Morais adalah dari budaya mafia. Skandal 1MDB yang dirasakan melesap berlori-lori duit negara, saudagar permaidani boleh hutang bergeti-geti dari Bank Rakyat adalah ciri-ciri mafia. 

Nilai ringgit jatuh pagi dan petang hampir menyamai Lira Turki sebelum zaman Erdogen. SPRM kerjanya menyiasat tetapi kini orang-orangnya disiasat. Kerja Jabatan Peguam Negara mendakwa, tetapi ia pula hendak didakwa. Belum pernah kerajaan Malaysia dilibatkan dengan penggubahan wang haram. 

Sejak merdeka kerja kerajaan ialah membenteras penggubahan duit palsu. Kini semacam terbalik pula seolah-olah ia disyaki membuat kerja haram itu. Begitu banyak kerajaan di dunia – demokrasi dan tidak – tidak difitnah mencetak duit haram, tetapi Malaysia di bawah Najib difitnah begitu. Betulkah dakwaan itu adalah fitnah. 

Tetapi fitnah sudah pun berlaku. Amat buruk padahnya kepada negara jika Ia tidak dibersihkan segara. Orang terpengaruh dan mempercayainya kerana imej kerajaan dan pemimpin dirasakan teruk, justeru semua keburukan yang dilonggokkan kepada Perdana Menteri tidak dijawab. 

Ada percubaan menjawabnya tetapi semua jawapaan itu bukan jawapan yan ditunggu. Dengan semua beban dan masalah yang Najib hadapi itu mendedahkan mungkinnya seseorang berbuat apa saja termasuk memikirkan penggubahan wang haram. Apakah agaknya dosa rakyat Malasyia hingga negara, kerajaan dan Perdana Menterinya dirasakan begitu teruk? 

Sekalipun negara tidak pernah diperintah secara Islam bahkan yang berjalan jauh dari tuntutan Allah dan Rasulnya, tetapi banyak negara sekular dan penindas atas nama demokrasi, tidak didatang bala seperti yang menimpa kemakmuran Malaysia. 

"Tiada Sebarang Maaf, Saya Terima Cabaran Kamu dan Mahu Lihat Kamu Di Kandang Saksi"


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Najib, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," kata Tun Ling Liong Sik.

Tun Ling berkata beliau cukup terkejut dengan surat tuntutan yang diberikan oleh peguam Najib dan disusuli dengan liputan meluas media mengenainya.


Ini seolah-olah cuba menakut-nakutkan saya dan mahu saya memohon maaf dan beliau akan terus berkuasa dengan isu 1 MDB.

Isu 1 MDB merupakan isu yang paling digeruni oleh Najib dan kuncu-kuncunya kerana isu tersebut mampu buat Najib tumbang. Sesiapa saja yang memainkan isu tersebut pasti akan mendapat tentangan daripada Najib sendiri dengan kuada yang beliau ada. 

Berapa ramai yang dah dipecat, ditukar, diserang dengan berbagai ugutan dan Tun Ling juga tidak terlepas daripada tindakan Najib.

Selagi Najib berkuasa beliau akan menggunakan kuasanya untuk melindungi 1 MDB miliknya.

Sehingga sekarang tiada sesiapa pun berani menyiasat 1 MDB apatah lagi untuk mengaudit akaunnya. Jho Low dan Arul Kandasamy adalah anak emas yang bersembunyi dibelakang Najib sebab itu SPRM sukar untuk menemui mereka.

Rakyat Malaysia akan menyaksikan Najib di mahkamah jika Najib sebagai pahlawan Bugis jika benar-benar berani menyaman Tun Ling Liong Sik.

Rakyat malaysia akan menyaksikan cerita sebenar duit derma yang kononnya daripada Tok Arab kerana bila berada di mahkamah semuanya akan dikeluarkan. Pastinya Tun Ling ada sumber maklumat yang sahih berkenaan duit yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Persoalannya beranikah Najib menghantar saman kepada Tun Ling?



Sunday, October 4, 2015

Kenapa Ghani Patail Mendiamkan Diri, Adakah Dia Diugut?


Penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara mengukuhkan lagi "teori konspirasi" bagi mengelakkan Najib disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma daripada Tok Arab.

Sebelum ini ramai rakyat mempertikaikan cara penyingkiran Gani kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB.

Malangnya selepas pemecatan beliau oleh Najib, Ghani dilihat terus bersembunyi dan menutup mulut, adakah beliau diugut?

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Gani Patail sepatutnya tampil ke khalayak ramai untuk menjelaskan kedudukan skandal berhubung hutang 1MDB yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Datuk Abdul Hamid dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

"Sebelum beliau dipecat , Ghani pernah berjumpa saya dan beliau akan tetap tegas untuk meneruskan kes 1 MDB", kata Hamid

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu

"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.

Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

Abdul Hamid yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan demi menjaga kepenntingan bangsa, Agama dan negara meminta Gani Patail tampil ke muka untuk sama-sama membela nasib rakyat, ugama dan negara.

Mencari keadilan dan kebenaran dituntut ugama. Gani Patail akan dikenang rakyat jasa besarnya memperjuangkan hak rakyat dalam isu skandal 1MDB dan skandal "derma" Tok Arab RM2.6 bilion dalam akaun pribadi Najib. 

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan jasa dan derma baktinya yang baik. Bangkai gajah tidak boleh disiram dengan retorika kepalsuan, pembohongan dan kemunafikan pemimpin. 

Setiap manusia yang menjadi hamba Allah ada nilai-nilai baik dan juga buruk. Gani Patail dijulang sebagai wira sekiranya beliau tampil ke depan mengheretkan mereka yang terlibat dalam skandal ini ke mahkamah. Ini amal jariah dan pahalanya yang besar kalau dia meletakkan kepentingan rakyat, ugama dan negara di atas kepentingan dirinya.

Friday, October 2, 2015

Salahkah Bagi Akar Umbi Berdialog Bersama Pemimpin Yang Pernah Memajukan Negara


Salahkah jika akar umbi ahli umno untuk mengadakan dialog dua hala bersama bekas pemimpin tersohor negara, kata Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka.

Program yang dianjurkan oleh anjuran Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka. yang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan untuk melagakan pemimpin, tetapi sebaliknya ia bermatlamat untuk memberi penjelasan kepada akar umbi.

Program ini hanyalah program minum petang bersama bekas perdana menteri Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai presiden umno selama 22 tahun itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendengar penjelasan berhubung hal parti daripada "sumber" lain terutamanya mengenai 1 MDB dan derma RM2.6billion, kata Ketua cawangannya Syed Saifuddin Syed Harman

"Terserah pada rakyat untuk buat penilaian di antara sumber yang datang dari Tun (Mahathir) dan sumber dari pihak pimpinan Umno. Masyarakat sekarang sudah bijak berfikir, untuk menilai dan menimbang sesuatu yang mana baik dan buruk, yang mana benar dan mana yang tidak.

"Kita tak mampu mengongkong pemikiran rakyat terutamanya ahli umno. Kita sudah terdedah dengan dunia pemberitaan tanpa sempadan," katanya 

Saya pun hairan kenapa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan niat cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir Sabtu ini?.

Jika Presiden parti pun tidak berani turun berdialog dengan akar umbi, siapa lagi akar umbi mahu mendengar penjelasan.

Malah, Tengku Adnan sepatutnya turun bersama-sama mendengar dialog bagi memulihkan umno yang kini dalam dilema akibat isu-isu besar yang masih disembunyi.

"Kita harap Datuk Seri Tengku Adnan faham apa yang kita lakukan. Ini demi untuk kukuhkan kepercayaan rakyat pada Umno kerana disebabkan persepsi Umno di kalangan rakyat dan kebanyakan ahli Umno dah luntur dan persepsi ini kena ubah kalau tak nak malapetaka besar datang.

"Ku Nan, jadilah lelaki yang gentleman. Saya harap jadilah pemimpin yang boleh terima kritikan," ujarnya lagi.

Sementara itu penjualan tiket majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara habis dijual.

Thursday, October 1, 2015

Ramesh Rao Keling Bangkrap Yang Semakin Kurang Ajar



Ramesh Rao Krishnan Naidu Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu telah diisytiharkan muflis sejak 24 Mei 2012. Namanya kini mula popular sebaris dengan nama Jamal Pak Tongkol, Ali Tinju dan beberapa lagi pecacai yang kemaruk dedak.

Ramesh kerap kali muncul di balai-balai Polis kerana membuat laporan bagi mempertahankan penyelewengan Najib dan kabinet kayunya.

Apakah seorang yang diisytiharkan muflis boleh dipercayai? NGO apa yang diketuai oleh seorang yang muflis? cukup memalukan Najib menggunakan orang yang muflis untuk menyerang Tun M.

Akibat sifat kurang ajarnya kini Tun Dr. Mahathir juga menjadi mangsa hinaannya.


Siapa Ramesh yang mahu menghina bekas Perdana Menteri Malaysia?. Apa jasa keling ni? 

Beberapa pemimpin umno pun sudah memberi amaran kepada Ramesh supaya jangan bersikap "kurang ajar dan biadap" sehingga ke tahap menghina bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Syed Ali Alhabshee juga turut menasihat Ramesh supaya menjalani pemeriksaan mental sebelum membuat tuduhan palsu kepada negarawan itu.

“Siapa Ramesh Rao mahu bersikap kurang ajar dan biadap kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Apa jasa Ramesh Rao kepada kepentingan rakyat dan negara memang tidak boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Begitukah sikap seorang Pengerusi PMSP dalam menyampaikan pandangan dengan cara tidak beradab dan angkuh," kata Syed Ali.

Pada masa yang sama, Syed Ali memberi amaran kepada mana-mana pemimpin yang tiada kena mengena dengan Umno supaya tidak mecampuri urusan dalaman parti itu termasuk mencerca pemimpin banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Syed Ali mengulas kenyataan Ramesh yang dilapor oleh portal berita Free Malaysia Today bahawa beliau mendakwa dengan menasihati Dr Mahathir menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.

Sebelum ini Ramesh meminta pihak polis menahan Tun kerana mengkritik 1 MDB.

Kenyataan Keling Ramesh jelas membabi buta dan langsung tidak mengenang jasa Tun Dr Mahathir yang selama ini memperjuangkan kepentingan rakyat semua bangsa di negara ini selama 22 tahun..

Kenyataan Ramesh Rao juga dilihat berniat jahat demi untuk memecahbelahkan perpaduan dikalangan orang Melayu.